Kopi
minuman yang dihasilkan menggunakan biji kopi panggang / From Wikipedia, the free encyclopedia
Kopi (Jawi: كوڤيcode: ms is deprecated ) atau ka[h]wa[1] (Jawi: قهوة) adalah minuman yang dicampurkan dengan air panas yang disedia daripada benih biji kopi yang dipanggang menghasilkan suatu air berperisa pahit manis. Kopi mempunyai kesan perangsang kepada sesiapa yang meminum kerana mengandungi kafeina. Pada hari ini, kopi menjadi salah satu minuman yang paling disukai itu di seluruh dunia.[2]
Jenis | Minuman panas atau sejuk |
---|---|
Pengeluar | Variasi |
Negara asal | Habsyah, Yaman |
Diperkenalkan | Approx. 800 AD |
Warna | Brown |
Minuman ini mula ditemui dalam abad ke-9 di tanah tinggi Habsyah.[3] Penemuan ini menyebabkan minuman kopi merebak ke Mesir dan Yaman di mana ia dimasyhurkan dalam kalangan ahli sufi[4] dan pada abad ke-15, minuman ini telah sampai ke Armenia, Parsi, Turki dan utara Afrika. Dari dunia Islam, penyebaran kopi tersebar ke Itali dan seluruh Eropah hingga akhirnya pergi sejauh benua Amerika.[5]