Masakan Itali
From Wikipedia, the free encyclopedia
Masakan Itali (Jawi: ماسقن ايطاليcode: ms is deprecated ) ialah makanan khas di Itali. Ia telah berkembang melalui perubahan sosial dan ekonomi berabad-abad lamanya, dengan akar asal usulnya dijejak kembali ke zaman dahulu.[1]
Perubahan yang ketara berlaku dengan penemuan Dunia Baru dan pengenalan kentang, tomato, lada benggala, jagung dan bit gula, dengan yang terakhir itu diperkenalkan pada abad ke-18.[2][3] Masakan Itali terkenal dengan kepelbagaian wilayahnya, terutama di antara utara dan selatan semenanjung Itali.[4][5][6] Ia menawarkan banyak rasa, dan merupakan salah satu yang paling popular dan ditiru di seluruh dunia.[7] Ia mempengaruhi beberapa masakan di seluruh dunia, terutamanya di Amerika Syarikat.[8]
Masakan Itali umumnya dicirikan oleh kesederhanaannya, dengan kebanyakan hidangan yang hanya mempunyai dua hingga empat ramuan utama.[9] Tukang masak Itali bergantung terutamanya kepada kualiti bahan daripada penyediaan rumit.[10] Ramuan dan hidangan adalah berbeza mengikut rantau. Banyak hidangan yang dahulunya makanan serantau telah berkembang dengan variasi di seluruh negara.