Mohammed Waheed Hassan
First Elected Vice President of the Maldives / From Wikipedia, the free encyclopedia
Mohamed Waheed Hassan Manik[1] (Bahasa Divehi: މުހައްމަދު ވަހީދު ޙަސަންcode: dv is deprecated ; lahir 3 Januari 1953) ialah Presiden Maldives. Beliau mengangkat sumpah jawatan pada 7 Februari 2012 apabila Presiden Mohamed Nasheed meletakkan jawatan.[2] Beliau juga ialah Naib Presiden Maldives yang pertama dipilih secara demokratik, berkhidmat di bawah Raihan dari 2008 hingga 2012.
Mohamed Waheed Hassan | |
---|---|
ޑރ. މުހައްމަދު ވަހީދު ޙަސަން މަނިކު | |
Presiden Maldives | |
Dalam jawatan 7 Februari 2012 – 17 November 2013 | |
Didahului oleh | Mohamed Nasheed |
Digantikan oleh | Abdulla Yameen |
Naib Presiden Maldives | |
Dalam jawatan 11 November 2008 – 7 Februari 2012 | |
Presiden | Mohamed Nasheed |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan semula |
Digantikan oleh | Mohammed Waheed Deen |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1953-01-03) 3 Januari 1953 (umur 71) Malé, Maldives |
Parti politik | Parti Kesatuan Kebangsaan |
Pasangan | Ilham Hussain |
Anak-anak |
|
Kediaman | Muliaage (Rasmi) |
Alma mater |
|
Dilahirkan di Malé, Waheed berkelulusan Universiti Amerika di Beirut dan Universiti Stanford, tempat beliau mendapat Ph.D.. Beliau bekerja di luar negara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan UNICEF. Kerjanya dengan UNDP dan UNESCO termasuk bekerja sebagai perunding bebas dalam membangunkan program pendidikan untuk beberapa negara Afrika, Bangladesh, dan Kepulauan Pasifik Selatan. Seterusnya beliau menjadi Pengarah Bersekutu UNDCO di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York sebelum kembali ke Maldives pada tahun 2005.[3]