Mohd Anwar Mohd Nor
From Wikipedia, the free encyclopedia
Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor (lahir 3 Disember, 1951) ialah ahli politik, tokoh perniagaan dan pegawai tentera laut veteran Malaysia, beliau merupakan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang bersara pada 31 Januari 2007. Beliau merupakan Panglima Angkatan Tentera yang pertama yang dilantik daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Mohd Anwar Mohd Nor | |
---|---|
Kelahiran | (1951-12-03) 3 Disember 1951 (umur 72) Alor Gajah, Melaka |
Kesetiaan | Malaysia |
Perkhidmatan | Tentera Laut Diraja Malaysia |
Tahun perkhidmatan | 1969-2007 |
Pangkat | Laksamana |
Selama lebih lima dekad, jawatan Panglima Angkatan Tentera Malaysia secara tradisinya dilantik daripada kalangan pemimpin Tentera Darat Malaysia (TDM). Begitu juga selepas persaraan beliau, jawatan tersebut diambil alih pula oleh Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Hj Zainal, Panglima Tentera Darat (PTD) sebelum itu.[1] Memandangkan jawatan itu dipegang semula oleh Jeneral daripada Tentera Darat Malaysia (TDM), pelantikan Tan Sri Mohd Anwar sebagai Panglima Angkatan Tentera merupakan sesuatu yang unik setakat ini.