Necmettin Erbakan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Necmettin "Najmuddin" Erbakan (Jawi dan Arab: نجم الدين أربكان, lahir: Oktober 1926, meninggal dunia: 27 Februari 2011) merupakan ahli politik Turki, jurutera dan akademia yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri negara tersebut dari 1996 hingga 1997. Beliau telah ditekan pihak tentera untuk turun sebagai Perdana Menteri dan kemudian dilarang dari terlibat dalam politik oleh Mahkamah Perlembagaan Turki kerana melanggar idea dasar sekularisme yang mengasas perlembagaan republik itu;[1][2] Larangan itu kemudiannya ditegakkan oleh Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah.[3]
Profesor Dr. Necmettin Erbakan | |
---|---|
Perdana Menteri Turki ke-23 | |
Dalam jawatan 28 Jun 1996 – 30 Jun 1997 | |
Presiden | Süleyman Demirel |
Timbalan | Tansu Çiller |
Didahului oleh | Mesut Yılmaz |
Digantikan oleh | Mesut Yılmaz |
Timbalan Perdana Menteri Turki | |
Dalam jawatan 21 Julai 1977 – 5 Januari 1978 bersama Alparslan Türkeş | |
Perdana Menteri | Süleyman Demirel |
Didahului oleh | Orhan Eyüboğlu |
Digantikan oleh | Orhan Eyüboğlu |
Dalam jawatan 31 Mac 1975 – 21 Jun 1977 bersama Turhan Feyzioğlu dan Alparslan Türkeş | |
Perdana Menteri | Süleyman Demirel |
Didahului oleh | Zeyyat Baykara |
Digantikan oleh | Orhan Eyüboğlu |
Dalam jawatan 26 Januari 1974 – 17 November 1974 | |
Perdana Menteri | Bülent Ecevit |
Didahului oleh | Sadi Koçaş |
Digantikan oleh | Zeyyat Baykara |
Ketua Parti Saadah | |
Dalam jawatan 17 Oktober 2010 – 27 Februari 2011 | |
Didahului oleh | Numan Kurtulmuş |
Digantikan oleh | Mustafa Kamalak |
Dalam jawatan 11 Mei 2003 – 30 Januari 2004 | |
Didahului oleh | Recai Kutan |
Digantikan oleh | Recai Kutan |
Ketua Parti Kesejahteraan | |
Dalam jawatan 11 Oktober 1987 – 19 Januari 1998 | |
Didahului oleh | Ahmet Tekdal |
Digantikan oleh | Parti dibubarkan |
Ketua Parti Penyelamat Negara | |
Dalam jawatan 20 Oktober 1973 – 12 September 1980 | |
Didahului oleh | Süleyman Arif Emre |
Digantikan oleh | Parti dibubar |
Ketua Parti Pemerintahan Negara | |
Dalam jawatan 26 Januari 1970 – 20 Mei 1971 | |
Didahului oleh | Parti ditubuhkan |
Digantikan oleh | Parti dibubarkan (Süleyman Arif Emre sebagai Parti Penyelamat Negara) |
Ahli Parlimen Turki | |
Dalam jawatan 20 Oktober 1991 – 18 April 1999 | |
Kawasan pilihan raya | Konya (1991, 1995) |
Dalam jawatan 12 Oktober 1969 – 12 September 1980 | |
Kawasan pilihan raya | Konya (1969, 1973, 1977) |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1926-10-29)29 Oktober 1926 Sinop, Turki |
Meninggal dunia | 27 Februari 2011(2011-02-27) (umur 84) Çankaya, Ankara, Turki |
Parti politik | Parti Pemerintahan Negara (1970–71) Parti Penyelamat Negara (1972–1981) Parti Kebajikan (1987–1998) Parti Kebaikan (1998–2001) Parti Saadah (2003–2011) |
Pasangan | Nermin Erbakan (m. 1967–2005, kematiannya) |
Anak-anak | Zeynep, Elif, Fatih |
Alma mater | Universiti Teknikal Istanbul Universiti Teknologi Rhein Westfalen Aachen |
Tandatangan |
Gerakan ideologi politik yang diasaskan oleh Erbakan, Wawasan Negara (Milli Görüş) menyeru untuk mengukuhkan nilai Islam di Turki dan menafikan tuduhan terhadap Erbakan yang dilihat sebagai pengaruh negatif daripada dunia Barat dalam menyokong jalinan erat hubungan dengan negara Islam. Pandangan politik Erbakan membawa kepada percanggahan dengan prinsip teras sekularisme di Turki. Dengan ideologi Wawasan Negara ini, Erbakan mengasas dan memimpin beberapa parti politik besar di Turki dari 1960-an hingga 2010-an, iaitu Parti Pemerintahan Negara (Milli Nizam Partisi), Parti Penyelamat Negara (Milli Selamet Partisi), Parti Kesejahteraan (Refah Partisi), Parti Kebaikan (Fazilet Partisi) dan Parti Saadah (Saadet Partisi).