Dalam matematik dan seni, dua kuantiti berada dalam nisbah keemasan sekiranya nisbah hasil tambah kuantiti-kuantiti itu kepada kuantiti yang lebih besar adalah setara dengan nisbah kuantiti yang lebih besar kepada kuantiti yang lebih kecil. Nisbah keemasan adalah pemalar matematik tak nisbah, bernilai lebih kurang 1.6180339887.[1] Sebutan lain yang sering digunakan untuk nisbah keemasan adalah seksyen keemasan (Latin: sectio aurea) dan purata keemasan.[2][3][4] Istilah lain yang biasa ditemui termasuklah nisbah lampau dan purata,[5]seksyen pertengahan, perkadaran Ilahi, seksyen Ilahi (Latin: sectio divina), perkadaran keemasan, potongan keemasan,[6]nombor keemasan, dan purata Phidias.[7][8][9] Dalam rencana ini, nisbah keemasan diwakili oleh huruf kecil Yunani, phi ( ) , manakala angka silangannya atau , diwakili oleh huruf besar Phi, ().
Rajah di sebelah kanan menunjukkan hubungan geometri yang mentakrifkan pemalar ini. Secara algebra diungkapkan sebagai:
Persamaan ini mempunyai satu penyelesaian positif dalam nombor tak nisbah algebra:
Sekurang-kurangnya sejak Renaissance[perlu rujukan], ramai artis dan arkitek menyeimbangkan karya-karya mereka kira-kira pada nisbah keemasan-terutamanya dalam bentuk segi empat tepat keemasan, yang nisbah sisi yang lebih panjang pada yang lebih pendek adalah nisbah keemasan- dengan memercayai[perlu rujukan] perkadaran ini memberikan kesenangan estetik. Ahli matematik telah mengkaji nisbah keemasan kerana sifat-sifatnya unik dan menarik.