Orang utan
Jenis haiwan endemik pulau Sumatra dan Borneo / From Wikipedia, the free encyclopedia
Orang utan, maias atau mawas merupakan sejenis primat dalam genus Pongo yang terdapat di kawasan merangkumi hutan-hutan hujan Borneo dan Sumatera. Haiwan ini pada mulanya disangka hanya satu spesies; sejak 1996 orang utan yang dijumpai terbahagi kepada dua spesies, iaitu orang utan Borneo (P. pygmaeus, dengan 3 subspesies) dan orang utan Sumatera (P. abelii). Pada November 2017, satu spesies ketiga orang utan baru dilaporkan telah dikenal pasti, iaitu orang utan Tapanuli (P. tapanuliensis).[1][2][3]
Orang utan | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Order: | Primates |
Suborder: | Haplorhini |
Infraorder: | Simiiformes |
Keluarga: | Hominidae |
Subkeluarga: | Ponginae |
Genus: | Pongo Lacépède, 1799 |
Spesies jenis | |
Pongo pygmaeus Lacépède, 1799kij (Simia satyrus Linnaeus, 1760) | |
Spesies | |
Pongo pygmaeus | |
Taburan tiga spesies ekstan | |
Sinonim | |
Faunus Oken, 1816 |
Perbandingan gen menunjukkan bahawa orang utan Tapanuli terpisah daripada spesies Sumatera kira-kira 3.4 juta tahun dahulu. Orang utan Tapanuli berpisah dari orang utan Borneo jauh lebih lama, iaitu sekitar 670,000 tahun dahulu. Orang utan merupakan satu-satunya ahli yang masih wujud dalam subkeluarga Ponginae yang merangkumi spesies-spesies seperti tiga spesies pupus dalam genus Gigpantopithecus, termasuklah primat paling besar yang dikenali iaitu Gigantopithecus blacki. Leluhur sub.keluarga Ponginae berpisah dari salasilah mawas utama di Afrika pada 16 hingga 19 juta tahun dahulu lalu tersebar ke dalam Asia.
Orang utan adalah mawas besar yang paling arboreal (memanjat pokok) dan banyak menghabiskan masa di pokok. Bulun Orang Utan merah gelap, berbanding dengan bulu coklat hitam yang lazim terdapat pada cimpanzi dan gorila. Jantan dan betina jauh berbeza dari segi besar dan rupa badan. Jantan dewasa dominan mempunyai kelepak pipi (cheek flap) yang tebal serta membuat jeritan lantang untuk menarik betina dan menakutkan lawan. Jantan muda tiada ciri-ciri begini dan menyerupai betina dewasa. Orang utan adalah mawas yang paling gemar hidup bersendirian dengan hubungan sosial yang terutamanya antara ibu dan anak kecil yang hidup bersama selama dua tahun pertama. Makanan utama orang utan ialah buah-buahan, tetapi ia juga makan daun, kulit kayu, mahu, serangga dan juga telur burung. Ia boleh hidup lebih 30 tahun di hutan mahupun dalam tawanan.
Orang utan antara primat yang paling cerdas, dengan menggunakan pelbagai alat-alat canggih serta membina sarang tidur yang teliti daripada dahan ranting dan daun setiap malam. Orang utan banyak dikaji untuk kemampuan belajar, malah mungkin dapat membentuk budaya tersendiri dalam populasi. Kajian lapangan terhadap orang utan dimulakan oleh ahli primatologi Birutė Galdikas. Ketiga-tiga spesies orang utan dikira terancam genting. Antara ancaman terhadap populasi orang utan liar termasuk pemburuan haram, kemusnahan habitat dan perdagangan haiwan peliharaan haram. Terdapat beberapa pertubuhan pemuliharaan dan rehabilitasi yang berdedikasi terhadap kemandirian orang utan liar.