Panasonic Corporation
syarikat Jepun / From Wikipedia, the free encyclopedia
Panasonic Corporation (パナソニック株式会社code: ja is deprecated , Panasonikku Kabushiki-gaisha) (TYO: 6752 NYSE: PC), dahulunya dikenali sebagai Matsushita Electric Industrial Co., Ltd. (松下電器産業株式会社code: ja is deprecated , Matsushita Denki Kabushiki-gaisha), ialah sebuah perbadanan multinasional yang bertapak di Kadoma, Jepun. Perniagaan utamanya terletak dalam bidang pembuatan elektronik di bawah pelbagai jenama termasuk Panasonic dan Technics.
Jenis/bentuk sah | Awam, TYO: 6752 , NYSE: PC |
---|---|
ISIN | JP3866800000 |
Industri | Elektronik pengguna |
Ditubuhkan | Osaka, Jepun (1918) |
Pengasas | Konosuke Matsushita |
Ibu pejabat | Kadoma, Osaka, Jepun |
Tokoh penting | Konosuke Matsushita, Pengasas Kunio Nakamura, Pengerusi, Fumio Ohtsubo, Presiden |
Keluaran | Rangkaian AVC, kelengkapan rumah, komponen dan peranti, kamera digital dll. |
Hasil | ▼7,765,510 juta Yen (US$77.2 bilion) (Tahun fiskal berakhir 31 Mac 2009)[1] |
Pendapatan kendalian | ▼-181,643 Million Yen (US$-1.92 bilion) (Tahun fiskal berakhir 31 Mac 2009)[1] |
Pendapatan bersih | ▼-419,992 juta yen (AS$-4.43 bilion) (Tahun fiskal berakhir 31 Mac 2009)[1] |
Jumlah aset | $64.830 billion (2009) |
Bilangan kakitangan | 292,250 (jumlah keseluruhan, tepat pada 31 Mac 2009) |
Anak syarikat | Sanyo |
Tapak web | Panasonic |
sunting · sunting di Wikidata |
Semenjak diasaskan pada tahun 1918, Matsushita berkembang menjadi pengeluar elektronik terbesar di Jepun. Selain elektronik, Panasonic menawarkan barangan dan perkhidmatan bukan elektronik seperti khidmat pengubahsuaian rumah. Panasonic merupakan syarikat ke-59 terbesar di dunia pada tahun 2007 mengikut senarai Forbes Global 500.[2]