Pangkat Tentera Laut Imperial Jepun
rencana senarai Wikimedia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Pangkat Tentera Laut ialah lencana pangkat bagi Tentera Laut Imperial Jepun, yang digunakan sejak penubuhannya pada tahun 1868, sehingga dibubarkan pada tahun 1945 selepas penyerahan kalah Jepun dalam Perang Dunia II. Pangkat tersebut diilhamkan dari pangkat Royal Navy.[1]
Gelaran pangkat pegawai digunakan bagi kedua-dua Tentera Darat dan Tentera Laut Imperial Jepun, satu-satunya perbezaan ialah susunan perkataan Rikuguncode: ja is deprecated (tentera darat) atau Kaiguncode: ja is deprecated (tentera laut) sebelum pangkat. Dengan itu, sebagai contoh, seorang kepten dalam tentera laut berkongsi gelaran pangkat yang sama dengan kolonel dalam tentera darat: Taisacode: ja is deprecated (kolonel), jadi pangkat Rikugun Taisacode: ja is deprecated menunjukkan seorang kolonel tentera darat, manakala pangkat Kaigun daisacode: ja is deprecated menandakan seorang kepten tentera laut.[1]