Piala Dunia B-20 FIFA 2019
From Wikipedia, the free encyclopedia
Piala Dunia B-20 FIFA 2019 akan menjadi edisi ke-22 Piala Dunia B-20 FIFA, sebuah kejohanan bola sepak remaja dwitahunan yang dipertandingkan oleh pasukan kebangsaan bawah 20 tahun anggota persatuan FIFA, sejak penubuhannya pada 1977 sebagai Kejohanan Piala Dunia Remaja FIFA. Kejohanan akan dihoskan oleh Poland antara 23 Mei dan 15 Jun 2019.[3][1] Ia akan menandakan kali pertama Poland telah menganjurkan kejohanan FIFA dan yang pertama di Eropah sejak 2013 di Turki. Poland menjadi tuan rumah acara bola sepak UEFA pada masa lalu termasuk UEFA Euro 2012 yang dihoskan bersama Ukraine dan Kejohanan Remaja B-21 UEFA 2017.
2019 Mistrzostwa Świata FIFA U-20 | |
---|---|
Perincian kejohanan | |
Negara tuan rumah | Poland |
Tarikh | 23 Mei – 15 Jun[1] |
Pasukan | 24 (dari 6 konfederasi) |
Tempat | 6 (di 6 bandar) |
Kedudukan Akhir | |
Juara | Ukraine (Kejuaraan Ke-1) |
Naib Juara | Korea Selatan |
Tempat Ketiga | Ecuador |
Tempat Keempat | Itali |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 52 |
Jaringan gol | 153 (2.94 per perlawanan) |
Kehadiran | 377,338 (7,257 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | Erling Håland (9 gol)[2] |
Pemain terbaik | Lee Kang-in[2] |
Penjaga gol terbaik | Andriy Lunin[2] |
Anugerah Permainan Bersih | Jepun[2] |
← 2017 2021 → |
England menjuarai kejohanan sebelumnya tetapi tidak akan mempertahankan gelaran mereka selepas kalah 3-0 kepada Norway dalam play-off untuk tempat kelayakan terakhir di Kejohanan Remaja B-19 UEFA 2018 di Finland. England adalah juara keenam berturut-turut yang gagal memenuhi syarat untuk Piala Dunia B-20 yang akan datang.
Ukraine memenangi gelaran Piala Dunia B-20 FIFA pertama mereka selepas mengalahkan Korea Selatan 3–1 di perlawanan akhir. Mereka berhasil melakukannya berbanding keputusan terdahulu yang hanya sampai di pusingan 16, menjadikan pasukan pertama dari bekas Republik Soviet untuk memenangi gelaran kejohanan FIFA sejak dibubarkan pada tahun 1991. Republik Soviet, yang rekodnya sekarang diwarisi oleh Rusia, yang sebelum ini memenangi edisi pertama Piala Dunia B-20 FIFA pada tahun 1977.