Satoshi Ohno
From Wikipedia, the free encyclopedia
Satoshi Ohno (大野 智code: ja is deprecated , Ōno Satoshi, lahir 26 November 1980 di Mitaka, Tokyo) adalah vokalis utama anggota kumpulan idol Jepun popular, Arashi. Beliau menyertai Johnny's Junior dari umur 13 tahun. ARASHI ditubuhkan pada 15, September, 1999. ARASHI muncul pertama kalinya dilayar tv dengan single A.Ra.Shi pada 3, November 1999.
Satoshi Ohno | |
---|---|
Juga dikenali sebagai | Ohno, Satoshi-kun, Riida, Oh-chan, Samii |
Berasal dari | Tokyo, Jepun |
Genre | Johnny's Entertainment |
Pekerjaan | Penyanyi, penggubah, pelakon, penari, tokoh TV, juruacara radio |
Tahun aktif | 1994–kini |
Syarikat rakaman | Pony Canyon (1999–2001) J Storm (2002–kini) |
Pengkarya berkait | Arashi |
Ohno,juga lebih dikenali sebagai Riida atau Oh-chan oleh peminat-peminat ARASHI, adalah ketua kumpulan ARASHI. Beliau terpilih untuk menjadi ketua kumpulan apabila memenangi permainan 'jankenpon' (batu, kertas, gunting).
Anak bongsu dari dua beradik, secara terbuka menyatakan idol dan sumber dedikasi beliau adalah ibunya. Ibu beliau menghantar borang penyertaan ke Johnny's Entertainment Agency.
Beliau terkenal dengan sikap pendiam. Hobi beliau termasuk melukis dan memancing. Beliau pernah mengadakan pameran lukisan bertajuk "Freestyle". Beliau juga bergiat di dalam bidang lakonan, dan dianugerahi pelakon utama terbaik NIKAN DRAMA 2008.
Selain itu, beliau juga koreograf tarian termasuk konsert solo beliau bertajuk 3104 yen, 2006, Love Situation (Arashi), Hadashi no Mirai (Arashi), Take me Faraway (Ohno Satoshi), Rain (Ohno Satoshi) dan Carnival Night Part-2 (Arashi)