Arashi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Arashi (Jepun: 嵐, makna harfiah: Ribut) merupakan sebuah kumpulan muzik lelaki yang berasal dari negara Jepun. Kumpulan muzik ini pada asalnya berada dibawah naungan syarikat Pony Canyon serta telah melancarkan satu album studio dan enam buah single sejak tahun kemunculan sulung pada 1999. Mereka kemudiannya berpindah ke subsidiari Johnny & Associates, J Storm pada tahun 2001.[2] Walaupun single penampilan sulung mereka, A·RA·SHI berjaya menduduki tangga teratas carta mingguan Oricon dengan jualan melebihi setengah juta salinan, kumpulan muzik ini menghadapi kemerosotan jualan pada keluaran seterusnya.
Arashi | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama asal | 嵐 |
Berasal dari | Tokyo, Jepun |
Genre | Pop,[1] rock, R&B,[2] hip hop |
Tahun aktif | 1999 (1999)–kini |
Syarikat rakaman | Pony Canyon (1999-2001) J Storm (2001-kini) |
Laman sesawang | johnnys-net |
Ahli | Satoshi Ohno Sho Sakurai Masaki Aiba Kazunari Ninomiya Jun Matsumoto |
Rencana ini mengandungi Bantuan:Aksara khas. Tanpa pemberian sokongan yang sewajarnya, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain. |
Dengan pelancaran single kelapan belas iaitu, "Love So Sweet" (Cinta Sangat Manis), Arashi mula meraih kejayaan apabila lagu tersebut dijadikan sebagai lagu tema pembukaan drama Hana Yori Dango 2 (Jejaka Bunga 2),[3] menjadikannya salah satu daripada lima single terlaris di Jepun pada tahun 2007. Untuk dua tahun berikutnya, Arashi meraih beberapa pencapaian dan rekod kerana mereka menjadi artis pertama yang berjaya meletakkan dua keluaran mereka berada di tangga teratas untuk carta tahunan Oricon selama dua tahun berturut-turut dengan single "Truth/Kaze no Mukō e" (Kebenaran/Melepasi Sisi Angin) dan "One Love" (Satu Cinta) pada tahun 2008 serta "Believe/Kumorinochi, Kaisei" (Percaya/Mendung ke Cuaca Cerah) dan "Ashita no Kioku/Crazy Moon ~Kimi wa Muteki~" (Kenangan Hari Esok/Bulan Gila ~Kau Yang Tak Terkalahkan~) pada tahun 2009.[4] Mereka juga secara serentak berada di kedudukan teratas untuk carta single Oricon 2009, carta tahunan DVD muzik dan album serta menjadi artis ketiga dalam sejarah Oricon untuk memonopoli tiga single terlaris tahun ini.[5][6] Pada 2010, kesemua enam single Arashi menduduki sepuluh teratas dalam carta single tahunan Oricon dan album studio mereka yang berjudul Boku no Miteiru Fūkei menjadi album terlaris tahun ini di Jepun.