Senarai pemenang Pertandingan Lagu Eurovision
rencana senarai Wikimedia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Enam puluh enam lagu telah memenangi Pertandingan Lagu Eurovision, sebuah pertandingan tahunan yang diadakan oleh negara-negara anggota Kesatuan Penyiaran Eropah. Pertandingan ini, yang telah dianjurkan setiap tahun sejak pertama kali diadakan pada 1956, ialah salah satu rancangan televisyen terpanjang di dunia. Pemenang pertandingan telah ditentukan dengan menggunakan pelbagai teknik pemungutan suara sepanjang sejarahnya; menumpukan pemberian mata untuk negara oleh juri atau pemungutan suara elektronik atau yang biasa disebut teleundian. Negara yang diberikan mata terbanyak akan dinobatkan sebagai pemenang.[1] Pertandingan Lagu Eurovision pertama tidak dimenangi berdasarkan mata, namun berdasarkan suara (dua mengikut negara), dan hanya pemenang diumumkan pada saat itu.[2]
Terdapat 63 kali pertandingan, dengan satu pemenang setiap tahun kecuali pertandingan tahun 1969, yang memiliki empat. Dua puluh lima negara yang berbeza telah memenangi pertandingan. Switzerland memenangi pertandingan pertamanya yang juga merupakan peserta pertamanya, pada tahun 1956. Negara dengan jumlah kemenangan tertinggi ialah Ireland, dengan jumlah tujuh kali. Portugal ialah negara dengan sejarah terpanjang dalam pertandingan tanpa kemenangan sehingga pertandinyan ke-42nya dalam Pertandingan Lagu Eurovision 2009. Satu-satunya peserta yang memenangi lebih dari sekali sebagai penghibur ialah Johnny Logan dari Ireland, yang menampilkan lagu "What's Another Year" pada tahun 1980 dan "Hold Me Now" pada tahun 1987. Logan juga ialah salah seorang daripada lima penulis lagu yang telah menulis lebih dari satu penyertaan yang menang, "Hold Me Now" 1987 dan "Why Me?" pada 1992, dinyanyikan oleh Linda Martin).[3] Perbedzan yang unik menjadikan Logan ialah satu-satunya individu yang memiliki gelaran Eurovision dengan tiga kemenangan untuk kreditnya, baik sebagai penyanyi, pencipta lagu atau kedua-duanya sekali.
Memenangi Pertandingan Lagu Eurovision memberi peluang yang unik untuk artis pemenang untuk memanfaatkan kejayaan mereka dan publisiti sekitarnya dengan melancarkan atau meneruskan kerjaya antarabangsa mereka. Namun, sepanjang sejarah pertandingan, sedikit relatif yang menjadi bintang antarabangsa yang besar. Kemenangan yang paling menonjol oleh bekas peserta Eurovision yang kerjayanya yang paling berjaya ialah ABBA, yang memenangi pertandingan ini, mewakili Sweden pada tahun 1974 dengan lagu mereka "Waterloo". ABBA terus menjadi salah satu kugiran paling laris pada zaman kegemilangan mereka. Terutama pemenang lain yang kemudian mencapai kejayaan antarabangsa ialah Céline Dion, yang memenangi pertandingan (mewakili Switzerland) pada tahun 1988 dengan lagu "Ne partez pas sans moi", meskipun kerjaya muzik antarabangsanya melonjak beberapa tahun kemudian dan umumnya secara tidak langsung berkaitan dengan pertandingan yang dimenanginya.
Pada tahun 2017, Portugal memenangi pertandingan ini untuk pertama kalinya sekaligus mengakhiri rekod sebagai negara peserta yang paling lama tidak memenangi pertandingan ini, iaitu selama 53 tahun.