Serangan Rojava 2019
From Wikipedia, the free encyclopedia
Serangan Rojava 2019, disebut Operasi Mata Air Damai (Turki: Barış Pınarı Harekâtıcode: tr is deprecated ) oleh kerajaan Turki, ialah operasi ketenteraan berlangsung yang dilancarkan oleh Angkatan Bersenjata Turki dan Tentera Nasional Syria (SNA) terhadap daerah-daerah yang dikawal oleh Kurdi di bawah Kerajaan Autonomi Syria Utara dan Timur (NES), biasanya disebut Rojava, dan gerakan bersenjatanya, Pasukan Demokratik Syria (SDF).
Serangan Rojava 2019 | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Konflik Rojava, Penglibatan Turki di Perang Saudara Syria, dan Konflik Kurdi-Turki (2015–kini) | |||||||
Pengeboman Ras al-Ayn pada 10 Oktober 2019 | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Templat:Country data Republik Turki Syria Kerajaan Sementara Syria[6][7] |
Kerajaan Autonomi Suriah Utara dan Timur Republik Arab Syria[8][9] (sejak 13 Oktober; kesepakatan) | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Hulusi Akar (Menteri Pertahanan) Jen. Yaşar Güler (Kepala Staf Umum)[10] Letjen. Sinan Yayla (Komandan AD ke-2) Templat:Country data Oposisi Suriah Brigjen. Salim Idris (Menteri Pertahanan) Templat:Country data Oposisi Suriah Sayf Abu Bakr (Komandan Divisi Hamzah)[11] |
Mazlum Abdi (Panglima) Riad Khamis al-Khalaf (Komandan Dewan Militer Tal Abyad) Imad Meno (Komandan Dewan Militer Serê Kanîyê)[12] Ebu Azzam Ceyat †[13] (Komandan Dewan Ketenteraan Deir ez-Zor) | ||||||
Kekuatan | |||||||
80.000[14] 14.000 | 40.000–60.000 [15] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Versi SOHR:[16] Versi Turki:[17] 16 tewas 2 tewas[a] |
Versi SOHR:[18] Versi SDF: Versi Turki: 550 terkorban, cedera, atau ditahan[20][21] | ||||||
64 orang awam terkorban di Syria akibat serangan TAF dan SNA[22] dan seorang awam maut akibat serangan SDF (versi SOHR)[23] 18 orang awam terkorban di Turki akibat DF (versi Kemendagri Turki)[24][25] 130.000+ orang awam[26][27] | |||||||
a Dua tentera Turki tewas di daerah Operasi Pohon Zaitun di barat laut Syria.[28] Keduanya juga dihitung oleh SOHR.[3] |
Pada 6 Oktober 2019, Kerajaan Amerika Syarikat mengarahkan pasukan Amerika untuk menarik diri dari timur laut Syria, tempat AS menyokong sekutu Kurdi mereka.[29] Operasi ketenteraan bermula pada 9 Oktober 2019 ketika Angkatan Udara Turki melancarkan serangan udara di bandar sempadan, termasuk Ras al-Ayn.[30]
Menurut Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan, operasi itu berniat untuk mengusir Pasukan Demokratik Syria (yang Turki anggap sebagai pertubuhan pengganas kerana hubungannya dengan Parti Pekerja Kurdistan, tetapi dianggap Amerika Syarikat dan negara-negara lain sebagai sekutu melawan ISIS), serta untuk mencipta "zon aman" sejauh 30 kilometer di Syria Utara sehingga memungkinkan kembalinya sebahagian dari 3,6 juta pengungsi Syria di Turki.[31] Tindakan Turki mendapat kecaman dari bebagai negara.[32]