Sider
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sider atau Arak Epal ialah sebuah minuman beralkohol yang dibuat daripada penapaian jus epal.[1] Sider adalah minuman terkenal di United Kingdom serta negara tersebut merupakan pengguna tertinggi di dunia, juga mempunyai syarikat terbesar dalam pembuatan sider.[2][3][4]
Kesemua jenis epal boleh ditapai untuk menghasilkan sider.[5] Tambahan bahan seperti gula atau buah sebelum penampaian peringkat kedua mampu meningkat kandungan etanol.[6][7] Kandungan alkohol sider di antara 1.2% ke 8.5% API. Pada tahun 2014, kajian mendapati bahawa satu pain sider mengandungi lima sudu (20.5 g) gula, menghampiri jumlah dimana PKS mengesyorkan jumlah gula bagi seorang dewasa, dan 5-10 kali jumlah gula dalam bir atau ale.[8]
Perri ialah merupakan minuman beralkohol yang sama seperti sider cuma ia adalah penapaian jus pir.[9]