Sistem Tempur Aegis
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sistem Tempur Aegis adalah sebuah sistem persenjataan bersepadu tentera laut buatan Amerika Syarikat yang dibangunkan oleh Divisyen Radar Permukaan dan Peluru Berpandu, RCA yang kini dikeluarkan oleh Lockheed Martin. Ia menggunakan komputer dan teknologi yang berkuasa untuk menjejak dan memacu senjata panduan untuk memusnahkan sasaran musuh.
Asalnya, ia digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat, kini Aegis juga digunakan oleh Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun, Tentera Laut Sepanyol, Tentera Laut Diraja Norway, Tentera Laut Republik Korea dan Tentera Laut Diraja Australia. Lebih daripada 100 buah kapal telah dipasang dengan sistem Aegis. Ia juga merupakan sebahagian daripada sistem pertahanan peluru berpandu yang digunakan oleh NATO di Eropah.[1]