Sukan Olimpik Musim Panas 1996
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sukan Olimpik Musim Panas 1996 (bahasa Inggeris: 1996 Summer Olympicscode: en is deprecated ) atau secara rasminya Sukan Olimpiad XXVI (bahasa Inggeris: Games of the XXVI Olympiadcode: en is deprecated ) dan juga dikenali sebagai Centennial Olympics atau Atlanta 1996, merupakan satu acara pelbagai sukan antarabangsa yang telah dilangsungkan dari 19 Julai hingga 4 Ogos 1996 di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat.[2][3][4] Temasya ini merupakan kali keempat Amerika Syarikat menganjurkan Sukan Olimpik dan turut merupakan ulang tahun keseratus Sukan Olimpik sejak Sukan Olimpik yang pertama. Edisi Sukan Olimpik ini turut merupakan kali pertama Sukan Olimpik Musim Panas dianjurkan pada tahun yang berbeza dengan Sukan Olimpik Musim Sejuk ekoran daripada keputusan baharu IOC yang dibuat pada 1994.
Hos Bandar | Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat |
---|---|
Cogan kata | The Celebration of the Century (Inggeris) |
Negara | 197 |
Atlet | 10,320 (6,797 lelaki, 3,523 perempuan) |
Acara | 271 acara dalam 26 sukan |
Pembukaan | 19 Julai 1996 |
Penutupan | 4 Ogos 1996 |
Dibuka oleh | |
Kawah Obor | |
Stadium | Stadium Olimpik Centennial |
Musim Panas
Musim Sejuk
Sukan Paralimpik Musim Panas 1996 |
Sukan Olimpik 1996 juga merupakan Sukan Olimpik yang pertama bagi 24 buah negara, termasuklah 11 buah bekas negara Kesatuan Soviet.[5] Amerika Syarikat telah memperoleh tempat pertama dari segi pungutan pingat dalam edisi ini dan ini merupakan kali pertama Amerika Syarikat memperoleh keputusan tersebut sejak Sukan Olimpik 1984.