Syarikat
From Wikipedia, the free encyclopedia
Syarikat (Jawi: شريكتcode: ms is deprecated serapan Arab: شَرِكَة, rumi: syarikahcode: ar is deprecated bentuk ism kata kerja شَارَكَ syāraka "berkongsi"[1][2]), firma atau perusahaan ialah badan atau institusi perusahaan atau perniagaan sah yang ditubuhkan untuk menyediakan barangan dan/atau perkhidmatan kepada pengguna. Syarikat paling berpengaruh dalam ekonomi kapitalis, kebanyakannya dimiliki orang perseorangan atau kumpulan dan dibentuk untuk mendapatkan keuntungan yang akan meningkatkan kekayaan pemiliknya dan mengembangkan perniagaan daripadanya.