Terjun lelabah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Terjun lelabah adalah satu aktiviti yang melibatkan penerjunan dari bangunan yang tinggi sementara pelompat disambungkan kepada tali elastik besar. Struktur ini biasanya objek yang tetap seperti sebuah bangunan, jambatan atau kren, tetapi lompatan juga boleh dibuat daripada objek bergerak seperti belon udara panas atau helikopter yang mempunyai keupayaan untuk berlegar di atas tanah. Rasa keterujaan sewaktu melakukan aktiviti ini datangnya dari terjunan bebas serta lonjakan semula yang terhasil.[1] Apabila orang yang diikut itu menerjun, tali menjadi tegang lalu si penerjun 'terbang' ke atas lagi akibat pengecutan tali dan terus berayun ke atas dan ke bawah sehingga kesemua tenaga kinetik yang tersimpan akhirnya hilang.