Warner Bros.
From Wikipedia, the free encyclopedia
Warner Bros. Entertainment, Inc., atau Warner Bros. (disebut Warner Brothers, dieja sebagai WB), ialah syarikat hiburan Amerika Syarikat dan anak syarikat konglomerat WarnerMedia milik AT&T yang beribu pejabat di Burbank, California. Warner Bros. juga mempunyai sebilangan anak syarikat, termasuk Warner Bros. Studios, Warner Bros. Pictures, Warner Bros. Television, Warner Bros. Animation, Warner Home Video, dan DC Comics, serta memiliki separuh saham rangkaian televisyen The CW.
Dinamakan sempena | Albert Warner, Harry Warner, Sam Warner, Jack L. Warner |
---|---|
Nama dahulu | Warner Bros. Pictures, Inc. |
Jenis/bentuk sah | Anak syarikat |
Industri | Hiburan |
Pendahulu | Warner Features Company |
Ditubuhkan | 4 April 1923; 101 tahun yang lalu (1923-04-04)[1] |
Pengasas | |
Ibu pejabat | Burbank, California, Amerika Syarikat |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Tokoh penting |
|
Keluaran | |
Hasil | ▲US$ 12.992 bilion (2015)[2] |
Pendapatan kendalian | ▲US$ 1.416 bilion (2015) |
Pemilik | AT&T (Menunggu; dipisahkan dari WarnerMedia menjadi sebuah entiti bebas yang akan dinamakan Warner Bros. Discovery, untuk digabung bersama Discovery, Inc.) |
Bilangan kakitangan | Sekitar 8,000 (2014)[3] |
Syarikat induk | WarnerMedia |
Pembahagian |
|
Anak syarikat |
|
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Diasaskan pada tahun 1923, Warner Bros. ialah studio filem Amerika ketiga tertua yang masih beroperasi, selepas Paramount Pictures yang diasaskan pada tahun 1912 di bawah nama Famous Players, dan Universal Studios yang juga diasaskan pada tahun 1912. Ia juga merupakan salah satu studio filem "Enam Besar" Amerika dan sebahagian daripada Motion Picture Association of America.