Amaterasu
dewa matahari mengikut kepercayaan Jepun / From Wikipedia, the free encyclopedia
Untuk kegunaan lain, sila lihat Amaterasu (nyahkekaburan).
Amaterasu (天照code: ja is deprecated ), Amaterasu-ōmikami (天照大神/天照大御神/天照皇大神code: ja is deprecated ), atau Ōhirume-no-muchi-no-kami (大日孁貴神code: ja is deprecated ) ialah dewi kitaran mitos Jepun dan juga dewi utama (kami) agama Shinto. Dia dilihat sebagai dewi matahari dan alam semesta. Nama Amaterasu terbit daripada Amateru yang bermakna "bersinar di syurga". Makna penuh namanya, Amaterasu-ōmikami, ialah "dewi yang maha agung yang bersinar di syurga".[N 1] Menurut babad Kojiki dan Nihon Shoki dalam mitologi Jepun, Maharaja Jepun dianggap keturunan langsung Amaterasu.