Maharaja Jepun
raja Jepun / From Wikipedia, the free encyclopedia
Maharaja Jepun (天皇code: ja is deprecated , tennō, bahasa Jepun: "raja dari syurga", etimologi tidak diketahui pasti[1]) ialah raja serta ketua negara Jepun. Baginda Maharaja mengetuai kerabat diraja Jepun di mana baginda diperuntukkan dalam Perlembagaan negara itu sebagai "simbol negara dan kesatuan rakyat"[2] serta ketua adat dalam sistem raja berperlembagaan negara tersebut. Baginda juga menjadi lembaga tertinggi agama Shinto yang mempercayai baginda dan kerabatnya sebagai keturunan langsung dewi Amaterasu.[3]
Maharaja Jepun 天皇 | |
---|---|
Empayar | |
Penjawat kini | |
Naruhito sejak 1 Mei 2019 | |
Butiran | |
Gelaran | Kebawah Duli Yang Maha Mulia |
Pewaris takhta | Fumihito |
Raja pertama | Maharaja Jimmu |
Pembentukan | 660 SM |
Persemayaman | Istana Maharaja Tokyo (kediaman rasmi) |
Laman sesawang | The Imperial Household Agency |
Maharaja Jepun dipanggil Tennō (天皇) dalam bahasa Jepun, yang bermakna "raja dari syurga". Di luar Jepun, baginda juga dipanggil Mikado (帝) dari Jepun. Ketika ini, Maharaja Jepun ialah satu-satunya raja yang memerintah di dunia kini yang menggunakan gelaran "Maharaja".
Kerabat diraja Jepun ialah raja warisan berterusan yang tertua di dunia.[4] Dalam Kojiki atau Nihon Shoki, disebutkan bahawa Empayar Jepun diasaskan pada 660 SM oleh Maharaja Jimmu. Maharaja semasa ialah Naruhito yang telah bersemayam di Takhta Bunga Kekwa selepas ayahandanya, Akihito turun takhta pada 30 April 2019.