usaha pemurnian bahasa Melayu berdasarkan bahasa serumpun / From Wikipedia, the free encyclopedia
Béka Melayu (Jawi: بيكا ملايو; Rejang: ꤷꥉꤰ ꤸꥍꤾꤿꥈ), Cakap Melayu (چاكڤ ملايو), Lidah Melayu (ليده ملايو) atau Tuturan Melayu (توتورن ملايو) ialah sebuah gerakan pemurnian bahasa khusus bagi bahasa Melayu (dan Indonesia).[1][2][3][4] Ia dilakukan dengan menyingkirkan perkataan yang dipinjam daripada bahasa asing iaitu Inggeris, Sanskrit, Arab, Parsi, Siam, Tamil, Belanda, Cina, Jepun dan sebagainya.[lower-alpha 1][5] Walau bagaimanapun, perkataan daripada bahasa serumpun iaitu rumpun bahasa-bahasa Austronesia seperti Jawa, Sunda, Aceh, Cham dan sebagainya terus dikekalkan malahan adakalanya perkataan daripada bahasa-bahasa tersebut diambil sebagai pengganti perkataan pinjaman asing bukan Austronesia.