Winner (kumpulan muzik)
kumpulan muzik lelaki Korea Selatan / From Wikipedia, the free encyclopedia
Winner (Korea: 위너; digayakan sebagai WINNER; makna harfiah: "Pemenang") adalah sebuah kumpulan muzik dari Korea Selatan yang dibentuk oleh syarikat rakaman YG Entertainment pada 2013. Ia terdiri daripada empat orang anggota.
WINNER | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | 위너 |
Berasal dari | Korea Selatan |
Genre | |
Penampilan sulung | melalui karya album studio 2014 S/S |
Tahun aktif | 2014 – kini |
Syarikat pengurusan |
|
Syarikat rakaman | YG Entertainment |
Pengkarya berkait | Keluarga YG |
Laman sesawang | www ygex |
Ahli |
|
Bekas ahli | Taehyun |
Hangul | 위너code: ko is deprecated |
---|---|
Perumian Semakan | wineo |
McCune–Reischauer | winŏ |
Kumpulan muzik ini mula diperkenalkan melalui rancangan realiti WIN: Who is Next yang ditayangkan melalui saluran Channel M dan Channel [V].[1] Dalam program tersebut, dua pasukan (dikenali sebagai Pasukan A dan Pasukan B) pelatih YG Entertainment akan bersaing untuk debut sebagai sebuah kumpulan muzik lelaki baharu. Pada episod akhir rancangan itu, gelaran "WINNER" diberikan kepada Pasukan A setelah mereka berjaya memperoleh undian awam terbanyak.[2][3]
Selepas beberapa kali penangguhan, Winner akan membuat persembahan pertama mereka pada 15 Ogos di Konsert Keluarga YG dan diikuti dengan penampilan di rancangan televisyen pada 17 Ogos di SBS Inkigayo. Penampilan sulung mereka di Jepun pula dijadualkan pada 10 September.[4]