YG Entertainment
From Wikipedia, the free encyclopedia
YG Entertainment (Korea: YG 엔터테인먼트) adalah salah sebuah syarikat rakaman, media dan hiburan Korea Selatan yang diasaskan pada 24 Februari 1996 oleh Yang Hyun-suk [1][2] yang juga berkhidmat sebagai pengarah eksekutif, “YG” ialah singkatan bagi Yang Goon. Label ini merupakan antara tiga yang terbesar di Korea bersama JYP Entertainment dan SM Entertainment kerana mempunyai pegangan pasaran dan operasi antarabangsanya yang kuat. [3]
Nama asli | YG 엔터테인먼트 |
---|---|
Nama dahulu | HYUN ENTERTAINMENT
MF ENTERTAINMENT YANG GOON ENTERTAINMENT |
Jenis/bentuk sah | Awam |
Didagangkan sebagai | KSE: 122870 |
Industri | Muzik, media dan hiburan |
Genre | K-pop, pop, hip hop, R&B, electronic, dance |
Ditubuhkan | 24 Februari 1996; 28 tahun yang lalu (1996-02-24) |
Pengasas | Yang Hyun-suk |
Ibu pejabat | Seoul, Korea Selatan |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Tokoh penting |
|
Keluaran | Album lagu |
Perkhidmatan | Label rakaman, agensi bakat |
Hasil | ▲ AS$ 228.81 juta (2021) |
Pendapatan kendalian | ▲ AS$ 32.02 juta (2021) |
Pendapatan bersih | ▼ AS$ 6.53 juta (2021) |
Pemilik | Yang Hyun-suk (17.01%) Naver (9.01%) |
Bilangan kakitangan | 678 |
Anak syarikat |
|
Tapak web | http://www.ygfamily.com |
sunting · sunting di Wikidata |
Diasaskan sebagai sebuah syarikat rakaman, YG Entertainment kini berkembang sebagai sebuah syarikat pengurusan bakat, jenama pakaian, kosmetik, pengurusan acara dan konsert serta beberapa gabungan anak syarikat. Dahulu menaungi kumpulan 1TYM, barisan artis di bawah payung YG termasuk termasuk artis-artis K-pop Korea Selatan yang paling berjaya seperti Big Bang, Psy,2NE1 dan Blackpink serta beberapa pelakon seperti Kang Dong-won, Choi Ji-woo, Cha Seung-won dan Lee Jong-suk. [4]
JYP Entertainment meraikan ulang tahun penubuhannya ke-20 pada 24 Februari 2016.