2NE1
From Wikipedia, the free encyclopedia
2NE1 (Korea: 투애니원 tu-aeniwon) merupakan sebuah kumpulan muzik yang berasal dari negara Korea Selatan. Kumpulan muzik ini dibentuk oleh syarikat rakaman YG Entertainment pada tahun 2009 dan ia terdiri daripada empat orang ahli iaitu CL, Dara, Bom dan Minzy. 2NE1 ialah singkatan bagi "Evolusi Baru Abad ke-21" dan ia disebut sebagai "twenty-one" atau "to anyone".[1][nb 1]
2NE1 | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan |
Genre | K-pop, hip hop, R&B, elektronik, pop tarian, urban, elektropop |
Tahun aktif | 2009–2017 |
Syarikat rakaman |
|
Laman sesawang | www |
Bekas ahli |
Rencana ini mengandungi Bantuan:Aksara khas. Tanpa pemberian sokongan yang sewajarnya, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain. |
Rencana ini mengandungi Bantuan:Aksara khas. Tanpa pemberian sokongan yang sewajarnya, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain. |
Kumpulan muzik ini muncul pertama kali dalam lagu Lollipop yang merupakan satu promosi komersil bersama dengan Big Bang untuk LG Electronics. Single penampilan sulung mereka iaitu "Fire" mula dilancarkan pada 6 Mei 2009. Sejak itu, 2NE1 ini telah melancarkan dua buah album mini iaitu 2NE1 dan 2NE1 2nd Mini Album serta sebuah album studio iaitu To Anyone. Single "I Don't Care" (Apa Aku Kisah) daripada album mini pertama berjaya memperoleh anugerah "Lagu Tahun Ini" dalam Anugerah Muzik Asia Mnet tahun 2009.[2] Single 2NE1 berjudul "Naega Jeil Jal Naga" (Akulah yang Terbaik) yang dilancarkan pada 24 Jun 2011 juga berjaya merangkul anugerah yang sama pada tahun 2011.[3][4]
2NE1 turut membuat penampilan pertama mereka di Jepun pada September 2011 dengan album mini NOLZA. Sejak itu, mereka telah mengeluarkan satu album studio, Collection dan dua single fizikal di Jepun. Menurut akhbar The New York Times, persembahan 2NE1 di Prudential Center, New Jersey adalah "salah satu konsert yang terbaik untuk 2012".[5] Pada Oktober 2012, Zack Greenburg dari majalah Forbes berkata bahawa 2NE1 berjaya 27 juta muat turun digital.[6]
Pada beberapa bulan yang lalu syarikat mereka YG Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan dibubarka dan tidak bergiat aktif lagi. Pada tahun ini CL telah berada di Amerika Syarikat dan debut sebagai artist solo di sana, manakala Dara dan Bom sibuk dengan aktiviti solo mereka. Bekas Ahli mereka Minzy telah menanda tangani kontrak dengan syarikat baru iaitu Music Works Entertainment.[7]
Pada 25 November 2016, 2NE1 secara rasminya dibubarkan setelah bersama selama 7 tahun. Mereka telah mengeluarkan lagu terakhir mereka sebagai satu kumpulan yang berjudul "GOODBYE" pada 21 Januari 2017.[8]