Big Bang (kumpulan muzik)
kumpulan muzik lelaki dari Korea Selatan / From Wikipedia, the free encyclopedia
Big Bang atau Bigbang (sering digayakan sebagai BIGBANG; makna harfiah: "Letupan Besar") merupakan sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Korea Selatan yang berada di bawah pengurusan YG Entertainment. Pembentukan kumpulan ini bermula daripada sebuah rancangan televisyen, Dokumentari Big Bang yang telah disiarkan pada bulan Julai hingga bulan Ogos tahun 2006. Rancangan tersebut juga ditayangkan secara dalam talian di GomTV dan MTV Korea.[2] Big Bang dikenali melalui gaya muzik dan fesyen mereka yang unik dan tersendiri.
BIGBANG 빅뱅 | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan |
Genre | Pop, R&B, Hip-Hop, J-Pop, K-Pop, Tarian, Elektropop, Pop-tarian |
Tahun aktif | 2006 (2006)–kini |
Syarikat rakaman | YG Entertainment (Korea) Universal Music, YGEX (Jepun) Warner Taiwan (Taiwan) United Asia Management[1] |
Pengkarya berkait | Keluarga YG GD & TOP 2NE1 WINNER |
Laman sesawang | www |
Ahli | G-Dragon (ketua) T.O.P Taeyang Daesung |
Bekas ahli | Seungri |
Hangul | 빅뱅code: ko is deprecated |
---|---|
Perumian Semakan | Big Baeng |
McCune–Reischauer | Pik Paeng |
Rencana ini mengandungi Bantuan:Aksara khas. Tanpa pemberian sokongan yang sewajarnya, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain. |
Rencana ini mengandungi Bantuan:Aksara khas. Tanpa pemberian sokongan yang sewajarnya, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain. |
Kepopularan kumpulan muzik ini berkembang apabila lagu mereka yang bertajuk "Penipuan" (거짓말 Geojitmal) pernah berada di tangga pertama dalam carta muzik Korea selama tujuh minggu berturut-turut. Album mini mereka iaitu Hot Issue dan Stand Up juga mendapat sambutan yang membanggakan.[3] Pada tahun 2009, kumpulan Big Bang meluaskan pengaruhnya dan telah menjadi artis paling dicari-cari di Korea Selatan.[4] Mereka juga merupakan kumpulan artis luar pertama yang menerima anugerah "Pendatang Baharu Terbaik" dalam Anugerah Penyiaran Kabel Jepun dan merupakan artis Korea pertama yang menerima Anugerah Rakaman Jepun.[5]
Setelah dua tahun berehat daripada segala aktiviti di Korea Selatan, Big Bang kembali bersatu pada 2011 dengan melancarkan sebuah album mini dengan judul Tonight selepas dua tahun kumpulan muzik itu berpecah bagi melakukan aktiviti solo pada 2009 dan 2010. Album mini tersebut mendominasi kesemua carta dalam talian dan berjaya memperoleh tangga ketiga dalam carta Billboard Amerika Syarikat.[6] Pada tahun yang sama, kumpulan muzik ini telah mewakili kawasan Asia-Pasifik dan berjaya merangkul anugerah "Best Worldwide Act" dalam Anugerah Muzik Eropah MTV.[7][8] Tiga bulan kemudian, Big Bang melancarkan album mini Korea Alive (2012) yang membawa kumpulan ini meraih penghargaan 'Artist of the Year' kedua mereka di Mnet Asian Music Awards 2012. Alive menjadi album Korea pertama yang berjaya masuk tangga album Billboard 200, selain itu mereka juga mempersembahkan jelajah dunia pertama mereka yang bertajuk Alive Galaxy Tour 2012. Selepas tiga tahun berehat, pada tahun 2015 Big Bang megadakan kemunculan semula yang sentiasa dinanti-nantikan oleh dunia muzik dengan mengeluarkan empat album single, yakni M, A, D, dan E sebagai sebahagian daripada album studio ketiga mereka, MADE. Single mereka tersebut menuai banyak kejayaan, baik dari segi komersial dan kritikan, dengan jualan lebih daripada 425,000 salinan di Korea Selatan dan kumpulan ini meraih penghargaan 'Artist of the Year' ketiga mereka di Mnet Asian Music Awards 2015.
Penglibatan para anggota dalam penyusunan dan pembuatan muzik mereka sendiri, terutama G-Dragon, telah mendapat banyak pujian dan hormat daripada para ahli industri muzik. [9] Mereka telah memenangi banyak anugerah dan memecahkan beberapa rekod, termasuk penyanyi dengan jualan paling laris sepanjang masa di Cyworld dan penerima anugerah 'Artist of the Year' terbanyak di Mnet Asian Music Awards. Lantaran populariti sejagat dan sumbangan mereka kepada K-pop, Hollywood Reporter menggambarkan mereka sebagai "boy band terbesar di dunia."[10]